Proses Pengisytiharan     Warisan Kebangsaan
  Senarai Warisan     Kebangsaan
    Tapak Warisan Kebudayaan
    Objek Warisan
    Warisan Kebudayaan Dibawah Air
    Warisan Orang Hidup
 
 
 


Warisan Kebangsaan » Tapak Warisan Kebudayaan» A » Stadium Merdeka
 

STADIUM MERDEKA

Gambar 1: Stadium Merdeka

Nama : Stadium Merdeka
Lokasi : Jalan Stadium, , Kuala Lumpur
No. Lot :
Hakmilik Bangunan / Tanah :
Tahun Dibina : September 1956
 
Latar Belakang Sejarah :
Pembinaan Stadium Merdeka diilhamkan oleh Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, dan merupakan salah satu tempat upacara pemasyuran kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dilakukan. Kerja-kerja tanah telah dimulakan pada 15 Julai 1956, manakala kerja-kerja pembinaan struktur dan bangunan telah dimulakan pada 25 September 1956. Perletakan batu asas Stadium Merdeka telah disempurnakan oleh Y.T.M. Tunku sendiri pada 15 Februari 1957. Stadium Merdeka telah siap dibina pada 21 Ogos 1957 dan dirasmikan oleh Y.T.M. Tunku Abdul Rahman sendiri pada 30 ogos 1957. Acara pertama yang diadakan di Stadium Merdeka ialah acara gilang gemilang pemasyuran kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu oleh Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 31 Ogos 1957. Satu lagi acara bersejarah ialah upacara pemasyuran pembentukan Malaysia oleh Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Al- Haj pada 16 September 1963. Stadium Merdeka juga banyak merakamkan acara dan aksi bersejarah yang diantara lainya seperti, Pesta Bola Merdeka 1957 hingga 1995. Pertandingan Bolasepak Belia Asia pertama pada tahun 1959. Sukan SEAP dan Sukan SEA 1965, 1971, 1977, dan 1989. Perlawanan Tinju Muhammad Ali dan Joe Bugner 1975. Perlawanan hoki Piala Dunia 1975. Stadium Merdeka juga menjadi tempat perlindungan semasa rusuhan kaum pada tahun 1969. Stadium ini juga pernah menjadi tempat Musabaqah Al- Quran peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
 
Bahan Multimedia
  • Imej Stadium Merdeka (0 imej)

Sumber: Jabatan Warisan Negara