Warisan Kebangsaan » Objek Warisan» Objek Warisan Ketara » Gandik Diraja
GANDIK DIRAJA
Gambar 1: Pandangan Hadapan Gandik Diraja
Nama Objek : Gandik Diraja
Klasifikasi :
Alamat : Istana Negara, , None
Hak Milik : Kerajaan Malaysia
Latar Belakang Sejarah :
Gendik Diraja atau pemeles ini merupakan pakaian ulu bagi Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Gendik Diraja ini diperbuat daripada emas putih bertatah penuh dengan permata berlian berbunga awan larat. Di tengah-tengahnya, di atas awan larat itu terdapat anak bulan dengan bintang, kedua-duanya diperbuat daripada emas putih juga. Gendik ini dipakai oleh Seri Paduka Baginda dalam istiadat-istiadat kebesaran Diraja dan pada waktu Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Gendik ini diperbuat khas supaya boleh dicerai-ceraikan menjadikan loket dan keronsang.