Warisan Kebangsaan » Objek Warisan» Objek Warisan Ketara » Manuskrip Sejarah Melayu
MANUSKRIP SEJARAH MELAYU
Gambar 1: Pandangan Hadapan Manuskrip Sejarah Melayu
Bidang : Bahasa dan Persuratan
Subjek : Persuratan
Jenis : Manuskrip
Objek Warisan : Manuskrip Sejarah Melayu
Latar Belakang Sejarah :
Karya agung ini mengisahkan salasilah dan keagungan raja-raja dan kerajaan Melayu Melaka dalam abad ke 14 hingga awal abad ke 16 daripada zaman permulaan kerajaan Melayu di Palembang sehingga perkembangan, kegemilangan dan kejatuhan Melaka serta kemunculan kerajaan Melayu Johor. Ia mengisahkan hubungan Melaka dengan raja China, dengan benua India (benua Keling), dengan Siam, Kemboja, negeri Arab dan seluruh kawasan Nusantara. Ia tercipta daripada titah raja. Penulisnya Bendahara Paduka Raja Tun Seri Lanang, Bendahara Kerajaan Johor (Lama). Episod-episod yang dipaparkan dalam karya ini memberikan maklumat penting tentang keturunan raja-raja Melayu dan adat istiadatnya serta peristiwa-peristiwa bersejarah dalam perjalanan kerajaan Melayu Melaka dan tanah jajahannya.