Proses Pengisytiharan     Warisan Kebangsaan
  Senarai Warisan     Kebangsaan
    Tapak Warisan Kebudayaan
    Objek Warisan
    Warisan Kebudayaan Dibawah Air
    Warisan Orang Hidup
 
 
 


Warisan Kebangsaan » Objek Warisan» Objek Warisan Ketara » Tengkolok Diraja
 

TENGKOLOK DIRAJA

Gambar 1: Pandangan Hadapan Tengkolok Diraja

Nama Objek : Tengkolok Diraja
Klasifikasi :
Alamat : Istana Negara , , None
Hak Milik : Kerajaan Malaysia
 
Latar Belakang Sejarah :
Tengkolok Diraja merupakan pakaian kebesaran Raja-Raja Melayu semenjak beberapa kurun lamanya. Raja-Raja Melayu telah memakai kain yang ditenun dengan sutera yang diikat dengan berbagai bentuk ini sejak pemerintah Kesultanan Melayu. Bentuk ikatan ini disebut juga sebagai solek. Kain ulu yang dikenali sebagai tengkolok berlainan warnanya dari sesebuah negeri. Tengkolok Diraja yang dipakai oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada hari pertabalan adalah berwarna hitam bersulam dengan benang emas. Soleknya dinamakan “Dendam Tak Sudah” yang berasal dari Negeri Sembilan. Di sebelah hadapan tengkolok ini dipasangkan anak bulan dengan bintang pecah empat belas yang diperbuat daripada emas putih dan berlian serta terletak lambang Kerajaan Malaysia yang berwarna warni.
 
Bahan Multimedia
  • Imej Tengkolok Diraja (0 imej)

Sumber: Jabatan Warisan Negara