Proses Pengisytiharan     Warisan Kebangsaan
  Senarai Warisan     Kebangsaan
    Tapak Warisan Kebudayaan
    Objek Warisan
    Warisan Kebudayaan Dibawah Air
    Warisan Orang Hidup
 
 
 


Warisan Kebangsaan » Objek Warisan» Objek Warisan Tak Ketara » Dondang Sayang
 

DONDANG SAYANG

Gambar 1: Persembahan Dondang Sayang

Kategori : Objek Warisan Tak Ketara
Butiran Warisan : Dondang Sayang
Jenis :
 
Latar Belakang Sejarah :
Dondang Sayang atau Dendang Sayang itu Lagu Kasih atau Nyanyian Kasih. Ini bermakna nyanyian Dondang Sayang merupakan satu media atau satu cara untuk menyampaikan isi hati si penyanyi dengan lembut dan penuh mesra.
Perasaan ini disampaikan dengan menggunakan pantun atau puisi klasik masyarakat Melayu Melaka. Penggunaan bahasanya terhad, tidak seperti bahasa pertuturan biasa yang boleh membangkitkan satu perasaan yang boleh membawa kepada permusuhan atau pergaduhan. Dalam ertikata lain pantun merupakan satu bentuk pengucapan yang boleh melindungi kata-kata yang keterlaluan atau yang tidak sedap didengar oleh mana-mana pihak. Tambahan pula dendangan Dondang Sayang membawa alunan lagu yang lunak, membuai perasaan sehingga membangkitkan suatu perasaan yang mengghairahkan. Nyanyian-nyanyian dalam Dondang Sayang biasa diiringi oleh empat orang ahli muzik yang terdiri daripada seorang pemain biola, dua orang pemain rebana (gendang yang di sebelah sahaja dipasang kulit) Melayu; dan seorang pemain tawak (gong kecil).Pemain biola biasa merupakan ketua kumpulan ahli muzik yang memainkan peranan utama dalam dondang sayang, dan membekalkan melodi kaunter untuk melodi vokal. Pemain-pemain muzik boleh saling bertukar alat-alat muzik mereka antara persembahan tetapi pemain biola jarang berbuat demikian, walaupun dibenarkan. Sehingga lima buah rebana boleh digunakan, jika terdapat pemain muzik yang berlebihan. Kekadang, rebana boleh digantikan dengan gendang atau kompang. Alat-alat muzik boleh juga ditambahkan dengan akordion. Muzik dondang sayang adalah perlahan, dan sebuah lagu biasanya terdiri daripada 32 bar, bermula dengan pengenalan biola, diikuti oleh rebana dan kemudiannya gong, dan akhirnya oleh nyanyian pada bar 5. Gayanya tidak formal dan liriknya biasa terdiri daripada puisi cinta.
 
Bahan Multimedia
  • Imej Dondang Sayang (3 imej)

Sumber: Jabatan Warisan Negara