Proses Pengisytiharan     Warisan Kebangsaan
  Senarai Warisan     Kebangsaan
    Tapak Warisan Kebudayaan
    Objek Warisan
    Warisan Kebudayaan Dibawah Air
    Warisan Orang Hidup
 
 
 


Warisan Kebangsaan » Objek Warisan» Objek Warisan Tak Ketara » Seni Persilatan Melayu
 

SENI PERSILATAN MELAYU

Gambar 1: Gambar Seni Persilatan Melayu

Kategori : Objek Warisan Tak Ketara
Butiran Warisan : Seni Persilatan Melayu
Jenis :
 
Latar Belakang Sejarah :
Silat merupakan seni mempertahankan diri pahlawan Melayu yang telah wujud semenjak beberapa tahun dahulu. Ketangkasan persilatan pahlawan Melayu diriwayatkan dalam Hikayat Hang Tuah. Silat dibahagi kepada dua jenis, iaitu silat mempertahankan diri dan silat persembahan. Setiap jenis silat mempunyai dua bahagian atau peringkat. Pertama, peringkat pencak silat, iaitu menggunakan tangan dan kaki sahaja. Kedua, peringkat yang indah bentuknya, iaitu pencak silat sebagai permainan atau pertunjukkan.

Setiap kumpulan pencak silat mempunyai corak dan bentuk bunga silatnya sendiri berdasarkan perguruan masing-masing. Antaranya Silat Sendeng, Silat Cekak, Silat Gayung, Silat Lincah, Silat Lintau, Silat Terlak, Silat Peninjau dan sebagainya. Silat pertunjukan dikategorikan sebagai sukan atau seni tari silat. Silat persembahan mengandungi ciri-ciri seni yang merupakan olahan seni gerak yang lembut, tegap dan teratur. Silat Pengantin, Silat Pulut, Silat Bunga dan Tari Silat adalah seni silat dalam kumpulan silat persembahan. Pesilat biasanya mengenakan pakaian perguruan silat masing-masing atau berbaju adat Melayu lengkap. Mereka juga sering menggabungkan penggunaan senjata seperti silat, tombak, pedang atau lain-lain senjata Melayu dalam persilatan mereka.
 
Bahan Multimedia
  • Imej Seni Persilatan Melayu (8 imej)

Sumber: Jabatan Warisan Negara