Proses Pengisytiharan     Warisan Kebangsaan
  Senarai Warisan     Kebangsaan
    Tapak Warisan Kebudayaan
    Objek Warisan
    Warisan Kebudayaan Dibawah Air
    Warisan Orang Hidup
 
 
 


Warisan Kebangsaan » Objek Warisan» Objek Warisan Tak Ketara » Acar Buah
 

ACAR BUAH

Gambar 1: Acar Buah

Kategori : Objek Warisan Tak Ketara
Butiran Warisan : Acar Buah
Jenis : Peram/Jeruk
 
Latar Belakang Sejarah :
Acar adalah sejenis makanan yang dibuat daripada buah-buahan atau sayur-sayuran dengan bahan-bahan lain dan diasamkan dengan cuka. Di Malaysia, terdapat pelbagai acar yang sering dijadikan makanan sampingan masyarakat Melayu seperti acar buah dan acar timun. Acar seperti ini pada kebiasaannya dibuat serta dihidangkan pada hari-hari keramaian atau kenduri kendara.

Acar juga dikenali sebagai Achar dalam bahasa Hindi atau “pickle” dalam bahasa Inggeris berasal dari perkataan Hindi yang bermaksud pelbagai hidangan sampingan yang mempunyai perasa rempah. Ianya sangat popular di rantau India, AsiaTenggara serta kawasan-kawasan yang mempunyai komuniti masyarakat Asia Selatan yang ramai.

Acar buah merupakan makanan pembuka selera yang dimakan bersama dengan nasi putih atau nasi minyak. Ia merupakan campuran buah-buahan jeruk yang dimasak bersama rempah ratus tertentu. Acar buah yang dimasak sempurna dapat bertahan selama beberapa bulan. Ia sangat popular pada majlis perkahwinan sebagai hidangan pembuka selera bersama dengan nasi minyak.
 
Bahan Multimedia
  • Imej Acar Buah (0 imej)

Sumber: Jabatan Warisan Negara