Warisan Kebangsaan » Objek Warisan» Objek Warisan Tak Ketara » Agar-Agar Sakar
AGAR-AGAR SAKAR
Gambar 1: Agar Agar Sakar
Kategori : Objek Warisan Tak Ketara
Butiran Warisan : Agar-Agar Sakar
Jenis : Kuih-Muih (Lain-lain)
Latar Belakang Sejarah :
Halwa ini merupakan hidangan tradisi yang kian luput daripada pengetahuan generasi muda. Oleh sebab proses menyediakannya agak leceh, halwa ini hanya dapat ditemui pada Hari Raya atau dalan majlis tertentu sahaja.
Agar-agar sakar yang cantik sangat bergantung pada keadaan cuaca yang panas. Sinaran matahari yang memancar terik akan mengeringkan agar-agar dan gulanya bersakar dengan elok. Selain dipotong bentuk persegi, ia juga sesuai digulung.