Warisan Kebangsaan » Objek Warisan» Objek Warisan Ketara » Cogan Agama
COGAN AGAMA
Gambar 1: Pandangan Hadapan Cogan Agama
Nama Objek : Cogan Agama
Klasifikasi :
Alamat : Istana Negara, , None
Hak Milik : Kerajaan Malaysia
Latar Belakang Sejarah :
Cogan Agama adalah merupakan alat kebesaran yang menjadi sebahagian daripada lambang Kebesaran Kerajaan Malaysia. Cogan Agama diperbuat daripada perak dan panjangnya 155.04 cm atau lima kaki satu inci dan berupa sebatang tongkat bulat berkepala besar. Di atas kepala tongkat itu diperbuat anak bulan dengan bintang pecah lima daripada emas. Pada batang dan hulunya diterapkan dengan ayat-ayat suci Al-Quran.