Warisan Kebangsaan » Objek Warisan» Objek Warisan Ketara » Cogan Alam
COGAN ALAM
Gambar 1: Pandangan Hadapan Cogan Alam
Nama Objek : Cogan Alam
Klasifikasi :
Alamat : Istana Negara , , None
Hak Milik : Kerajaan Malaysia
Latar Belakang Sejarah :
Cogan Alam ialah alat kebesaran yang menjadi sebahagian daripada lambang kebesaran Kerajaan Malaysia. Diperbuat daripada emas dan perak. Panjangnya lima kaki empat inci atau bersamaan 162.66 cm dan merupakan suatu bulatan di atas kepala tongkat. Di atas bulatan ini diperbuat anak bulan dengan bintang daripada emas. Di sekeliling bulatan ini diterapkan dengan lambang sebelas Negeri Tanah Melayu daripada emas. Bulatan tersebut ditanggung oleh empat lembaga harimau yang berdiri, manakala tongkatnya dihiasi dengan enam tangkai padi daripada emas.