Warisan Kebangsaan » Objek Warisan» Objek Warisan Ketara » Panji-panji Diraja
PANJI-PANJI DIRAJA
Gambar 1: Pandangan Hadapan Panji-panji Diraja
Nama Objek : Panji-panji Diraja
Klasifikasi :
Alamat : Istana Negara, , None
Hak Milik : Kerajaan Malaysia
Latar Belakang Sejarah :
Panji-panji Diraja yang berwarna kuning keemasan dan diterakan pula dengan Jata Malaysia di tengah-tengah yang dikelilingi oleh dua karangan padi yang berwarna keemasan. Warna kuning ialah warna Diraja. Karang padi yang berwarna keemasan melambangkan kemewahan atau kemakmuran. Sebagai Ketua Negara, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah simbol kepada ketaatan warga Malaysia kepada Undang-undang dan Perlembagaan. Panji-panji Diraja adalah simbol kepada kewujudan Institusi Yang di-Pertuan Agong. Panji-panji yang berlatar belakangkan warna kuning mempunyai Jata Malaysia di tengah-tengah yang dikelilingi oleh dua karangan padi warna kuning adalah warna Diraja manakala karangan padi pula yang berwarna keemasan melambangkan kemewahan dan kemakmuran.