Proses Pengisytiharan     Warisan Kebangsaan
  Senarai Warisan     Kebangsaan
    Tapak Warisan Kebudayaan
    Objek Warisan
    Warisan Kebudayaan Dibawah Air
    Warisan Orang Hidup
 
 
 


Warisan Kebangsaan » Objek Warisan» Objek Warisan Tak Ketara » Syair
 

SYAIR

Gambar 1: Contoh Syair

Bidang : Bahasa dan Persuratan
Subjek : Persuratan
Jenis : Tradisi Lisan
Objek Warisan : Syair
 
Latar Belakang Sejarah :
Merupakan sejenis puisi berlagu, terdiri daripada empat(4) baris serangkap (kadangkala dua(2) atau tiga(3) serangkap), tidak mempunyai pembayang maksud, setiap baris mempunyai makna yang berkaitan dengan baris terdahulu dan menceritakan sesuatu kisah/ peristiwa. Bilangan perkataan pada setiap baris adalah sama iaitu empat(4) perkataan dan lapan(8) sehingga dua belas(12) suku kata dalam satu(1) baris. Berasal dari Parsi yang dibawa masuk ke alam nusantara semasa kedatangan Islam. Syair telah mengalami pengubahsuaian mengikut kesesuaian bahasa Melayu klasik ketika itu. Namun A. Teeuw berpendapat, syair merupakan puisi Melayu lama yang sedia wujud dan namanya sahaja telah ditukar. Terdapat bukti bahawa bentuk syair itu sendiri telah wujud sebelum kejatuhan kerajaaan Melayu Melaka sebagaimana tersurat di dalam kata-kata yang di tulis pada sebuah batu nisan tua yang telah dijumpai di Minye Tujuh, Acheh bertarikh sekitar T.M 1380 berbentuk syair. Bukti kewujudan syair juga tercatat pada sejarah Melayu yang wujud sebelum kejatuhan kerajaan
Melayu Melaka dinyatakan semasa peminangan Puteri Gunung Ledang. Begitu juga hasil-hasil sastera yang berbentuk syair. Pun begitu, Syed Naquib Al-Attas berpendapat syair dicipta oleh Hamzah Fansuri selepas kedatangan Islam iaitu pada tahun 600 masihi. Syair yang ditulis oleh Hamzah Fansuri lebih bersifat kemelayuan menyebabkan ia telah menyimpang daripada syair asalnya iaitu syair Arab. Syair kebiasaannya di sampaikan dalam bentuk rangkap dan tidak mempunyai pemilik atau penulis (milik bersama masyarakat Melayu). Terdapat lebih kurang 12 melodi utama iaitu melodi Tok Kenali, Temenggung, Bilal Othman, Siti Zubaidah, Narasi, Istana, Dakwah, Perantau, Hiasan, Pucuk Kelumpang, Perindu dan Dodoi.

 
Bahan Multimedia
  • Imej Syair (0 imej)

Sumber: Jabatan Warisan Negara