Proses Pengisytiharan     Warisan Kebangsaan
  Senarai Warisan     Kebangsaan
    Tapak Warisan Kebudayaan
    Objek Warisan
    Warisan Kebudayaan Dibawah Air
    Warisan Orang Hidup
 
 
 


Warisan Kebangsaan » Objek Warisan» Objek Warisan Ketara » Surat-surat Almarhum Sultan Abdul Hamid
 

SURAT-SURAT ALMARHUM SULTAN ABDUL HAMID

Gambar 1:

Bidang : Bahasa dan Persuratan
Subjek : Persuratan
Jenis : Karya Sezaman
Objek Warisan : Surat-surat Almarhum Sultan Abdul Hamid
 
Latar Belakang Sejarah :
Merupakan kumpulan atau koleksi surat-surat kiriman beradat dan biasa termasuklah sifat-sifat khusus tentang penulisannya, penggunaan kepelbagaian tarikh berdasarkan taqwim Hijrah, Masihi, Thai dan Jepun terutama surat-surat ke Bangkok dan wilayah-wilayah di selatan Thailand daripada Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah dari tahun 1882 sehingga 1943.

Antara kandungannya ialah:
i) Surat perjanjian pajak memajak hasil mahsul negeri yang meliputi pelbagai sektor terutama hasil pertanian dan perhutanan.

ii) Penyata belanjawan negeri yang dicatatkan begitu terperinci berdasarkan setiap bulan Hijrah mengenai pendapatan dan perbelanjaan.

iii) Ketetapan Majlis Negeri yang tertubuh dan bersidang sejak awal penubuhannya pada tahun 1905 di Balai Besar sehinggalah ke Istana Pelamin (Muzium DiRaja sekarang ini) di masa pendudukan Jepun (1941 sehingga 1943).

iv) Diari Istana merupakan catatan-catatan penting yang menambahkan lagi maklumat sejarah Negeri Kedah. Antaranya yang menarik ialah catatan lawatan Raja Chulalongkorn ke Langkawi, berburu pelanduk dengan menaiki anor kerbau di kawasan Dindong (Pekan Kuah) pada Mei 1890.
 
Bahan Multimedia
  • Imej Surat-surat Almarhum Sultan Abdul Hamid (0 imej)

Sumber: Jabatan Warisan Negara