Proses Pengisytiharan     Warisan Kebangsaan
  Senarai Warisan     Kebangsaan
    Tapak Warisan Kebudayaan
    Objek Warisan
    Warisan Kebudayaan Dibawah Air
    Warisan Orang Hidup
 
 
 


Warisan Kebangsaan » Objek Warisan» Objek Warisan Tak Ketara » Pantun Melayu
 

PANTUN MELAYU

Gambar 1: Contoh Pantun Melayu

Bidang : Bahasa dan Persuratan
Subjek : Persuratan
Jenis : Tradisi Lisan
Objek Warisan : Pantun Melayu
 
Latar Belakang Sejarah :
Puisi tradisional genre pantun adalah puisi tulen milik orang Melayu yang tumbuh dan berkembang sehingga hari ini. Pantun dicipta sebagai pernyataan fikiran, perasaan dan tanggapan terhadap sesuatu fenomena atau situasi. Digunakan secara lisan dan tulisan untuk menyindir, berjenaka, nasihat, marah, tegur, ugut, herdik, puji, sanjung, kasih-sayang, gambaran alam atau metafora; kias dan ibarat.

Dalamkonteks sastera rakyat, pantun diucap secara pertuturan dan dinyanyikan. Kita dapati lagu-lagu Melayu Asli, Dondang Sayang, Dikir Barat, Bongai, Lotah, Mukun dan sebagainya mengandungi nyanyian berasaskanpantun setakat yang pernah dikumpulkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) terdapat tidak kurang daripada 5653 pantun tradisional di negara kita. Hari ini pantun digunakan sebagai ‘penambah manis’ ucapan lisan atau bertulis di kad-kad tertentu. Pertandingan berbalas pantun telah menjadi suatu acara popular.
 
Bahan Multimedia
  • Imej Pantun Melayu (0 imej)

Sumber: Jabatan Warisan Negara