|
 |
Warisan Kebangsaan » Objek Warisan» Objek Warisan Tak Ketara » Karya Pendeta Za'aba |
| |
KARYA PENDETA ZA'ABA |
 |
 |
 |
Gambar 1: Sebahagian Karya Pendeta Za'aba
|
| Bidang : Bahasa dan Persuratan |
| Subjek : Persuratan |
| Jenis : Karya Sezaman |
| Objek Warisan : Karya Pendeta Za'aba |
|
| |
| Latar Belakang Sejarah : |
| Za'ba (Tan Sri, 1895-1973) ialah tokoh bahasa dan pemikir Melayu. Nama sebenarnya ialah Zainal Abidin bin Ahmad. Dia lahir pada 16 September 1895 di Kampung Bukit Kerdas, Jempol, batu Kikir, Negeri Sembilan. Za'ba muncul sebagai cendekiawan Melayu yang dihormati sejak tahun 1920-an lagi. Sepanjang kerjayanya selama hampir 40 tahun, Za'ba bergiat secara aktif dalam bidang penulisan dan berbagai-bagai kegiatan sosial serta politik tanah air. Za'ba merupakan penulis rencana dan esei yang berbakat istimewa dan gigih, sama ada dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Penulisannya yang begitu prolifik mencakupi bidang bahasa, sastera, agama, pendidikan, ekonomi dan politik. Beberapa buah buku penting tentang tatabahasa telah dihasilkannya yang digunakan di maktab dan institusi pengajian pada masa itu, bagi mengisi kekosongan yang wujud. Antara karyanya yang penting ialah Ilmu Bahasa Melayu (1926), Rahsia Ejaan Jawi (1929), Pelita Mengarang, Ilmu Mengarang Melayu (1934), Daftar Ejaan Melayu: Jawi-Rumi (1938), dan tiga jilid dalam siri Pelita bahasa Melayu (1940, 1946 dan 1949). |
| |
| Bahan Multimedia |
- Imej Karya Pendeta Za'aba (0 imej)
|
| Sumber: Jabatan Warisan Negara |
| |
| |
|
|
|