Warisan Kebangsaan » Objek Warisan» Objek Warisan Tak Ketara » Hikayat Merong Mahawangsa
HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA
Gambar 1: Mukasurat Hikayat Merong Mahawangsa
Bidang : Bahasa dan Persuratan
Subjek : Persuratan
Jenis : Karya Sezaman
Objek Warisan : Hikayat Merong Mahawangsa
Latar Belakang Sejarah :
Mengisahkan cerita mengenai susur galur asal usul raja-raja negeri Kedah. Kisah hikayat ini yang bermula dengan Nabi Sulaiman yang menjadi raja di dunia. Kemudian burung garuda mendengar perkabaran Raja Rom yang ingin mengahwinkan anaknya dengan Puteri Raja Cina. Akhirnya Burung Garuda menangkap Puteri Cina tersebut dan membawanya ke negeri Langkapuri. Raja Rom mengarahkan Raja Merong Mahawangsa mengiringi puteranya untuk ke negeri Langkapuri menyelamatkan Puteri Cina. Raja Merong Mahawangsan telah berkahwin dengan Puteri anak Raja Gergasi walaupun kedua orang tuannya tidak bersetuju.
Akhirnya kapal mereka sampai ke negeri Langkapuri dan karam diserang Burung Garuda. Anak Raja Rom terdampar di tepi Pantai dan diselamatkan oleh anak Raja Cina. Burung Garuda menunaikan janji dan sumpahnya seperti yang telah dipersetujui oleh Nabi Sulaiman iaitu balik ke tempat asal sekiranya ia tidak dapat menghalang jodoh antara anak Raja Rom dengan anak Raja Cina. Anak Raja Cina dan anak Raja Rom diterbangkan balik ke negeri cina setelah jin diarahkan oleh Nabi Sulaiman.
Manakala Raja Merong Mahawangsa pun duduklah bersama isterinya di Pulau Seri dan dikurniakan seorang putera. Raja Merong Mahawangsa mengahwinkan anaknya dengan seorang puteri raja dan menggelarnya Raja Merong Mahapudisat dan negeri dinamai Negeri Kedah Zamin Turan. Selain itu terdapat juga cerita yang mengisahkan perihal Raja Bersiung dan Raja Buluh Betung.