Proses Pengisytiharan     Warisan Kebangsaan
  Senarai Warisan     Kebangsaan
    Tapak Warisan Kebudayaan
    Objek Warisan
    Warisan Kebudayaan Dibawah Air
    Warisan Orang Hidup
 
 
 


Warisan Kebangsaan » Objek Warisan» Objek Warisan Tak Ketara » Hikayat Malim Deman
 

HIKAYAT MALIM DEMAN

Gambar 1: Contoh Mukasurat Hikayat Malim Deman

Bidang : Bahasa dan Persuratan
Subjek : Persuratan
Jenis : Karya Sezaman
Objek Warisan : Hikayat Malim Deman
 
Latar Belakang Sejarah :
Sebelum pengembaraan:
Mengisahkan latar keluarga watak utama iaitu Malim Deman, putera Raja Malim Dewa yang memerintahkan di Bandar Muar. Bonda Malim Deman ialah Tuan Puteri Lindungan Bulan. Malim Deman mempelajari ilmu dunia dan akhirat sehingga ia menjadi seorang yang perkasa dan bijak dalam semua hal. Kemudian diceritakan Malim Deman bermimpi bertemu dengan seorang tua, berpakaian serba putih, berjanggut panjang dan menyuruh Malim Deman pergi ke hulu sungai Muar kerana di sana ia akan bartemu dengan bakal isterinya. Setelah mendapat mimpi demikian, Malim Deman memohon keizinan daripada kedua ayahanda dan bondanya untuk keluar mengembara.

Dalam masa pengembaraan:
Semasa mengembara, Malim Deman diiringi oleh Bujang Selamat dan anjing perburuannya. Mereka semua telah mati kerana tidak tahan menderita mengharungi hutan belantara yang tebal, onak duri yang menyakitkan, menghadapi kekurangan bahan-bahan makanan dan berpanas dan berhujan. Hanya Malim Deman yang berjaya sampai ke taman Nenek Kebayan, tempat Tuan Puteri dari kayangan turun mandi dan bermain. Bagi mendapatkan Puteri Bongsu, Malim Deman menyamar sebagai pengail dan berjaya mencuri baju layang tuan puteri. Puteri Bongsu tidak boleh pulang semula ke kayangan kerana baju layangnya hilang. Dengan pertolongan Nenek Kebayan, Malim Deman dikahwinkan dengan Puteri Bongsu dan mereka pulang ke Bandar Muar.

Malim Deman terpaksa membuat pengembaraan kali kedua bagi menuruti isterinya dan puteranya yang membawa diri ke kayangan kerana kecewa dengan perbuatan Malim Deman yang melupakan tanggungjawab sebagai seorang suami dan ayah. Malim Deman asyik berjudi, menyabung ayam dan bermersa dengan Si Kembang Cina menyebabkan Puteri Bongsu merajuk hati. Puteri Bongsu berhasil mendapatkan baju layang dan bersama dengan puteranya ia kembali ke pangkuan ayahanda bondanya di Negeri Kayangan. Malim Deman merantau mencari cara bagaimana untuk ke kayangan. Dengan pertolongan Puteri Terus Mata, Malim Deman berjaya meminjam borak milik anak raja jin itu terbang ke kayangan. Di kayangan Malim Deman terpaksa menyamar dan kemudiannya bertarung beradu kekuatan dan kesaktian dengan Mambang Molek, tunang Puteri Bongsu dalam satu sayembara yang diadakan.

Selepas pengembaraan:
Malim Deman berjaya memujuk Puteri Bogsu dan membawa pulang isteri dan puteranya ke istana. Sebelum itu, Malim Deman berkahwin dengan Tuan Puteri Terus Mata. Malim Deman membawa isteri-isteri dan puteranya kembali ke istana. Mereka hidup aman dan berbahagia serta mempunyai kerajaan yang besar. Cerita berakhir dengan ‘happy ending’ – kebahagiaan watak utama.
 
Bahan Multimedia
  • Imej Hikayat Malim Deman (0 imej)

Sumber: Jabatan Warisan Negara