Warisan Kebangsaan » Objek Warisan» Objek Warisan Tak Ketara » Gendang Dua Puluh Empat Perayaan (Gendang Cina)
GENDANG DUA PULUH EMPAT PERAYAAN (GENDANG CINA)
Gambar 1: Gendang 24
Kategori : Objek Warisan Tak Ketara
Butiran Warisan : Gendang Dua Puluh Empat Perayaan (Gendang Cina)
Jenis : Gendang
Latar Belakang Sejarah :
Dram Dua Puluh Empat Perayaan merupakan gabungan amalan tradisional China dengan ciptaan kebudayaan masyarakat Cina di Malaysia. Ia merupakan seni persembahan yang diasaskan di Malaysia pada tahun 1980-an. Ia menggabungkan tiga unsur kebudayaan dan kepercayaan tradisional Cina iaitu 24 tempoh suria atau musim, kesenian kaligrafi dan seni paluan gendang. Ia mewujudkan satu seni kebudayaan baru serta interpretasi yang baru kepada kesenian gendang yang tidak pernah wujuddi mana-mana pun sebelum ini sehingga membina wajah yang baru kepada kesenian masyarakat Cina. Kini sudah genap 20 tahun kelahiran Dram Dua Puluh Empat Perayaan, dan ia terbukti menjadi unsur kebudayaan Cina di Asia Tenggara yang berkembang dengan pesat, luas dan penuh bersemangat, bukan sahaja dari segi irama bunyinya malahan gerak tari dan pukulan pemain-pemainnya. Kehebatan seni persembahan ini telah mendapat sambutan yang begitu menggalakkan di China dan juga Taiwan. Kesenian persembahan initelah diakui oleh masyarakat dalam dan luar Malaysia sebagai suatu “kebudayaan baru” yang perlu mendapat pengiktirafan warisan masa hadapan. Gaya persembahan Gendang Dua Puluh Empat Perayaan yang penuh bsersemangat dan gagah membolehkannya berkembang dengan pesat sekali di Malysia serta telah menjadi ikutan dan dikembangkan ke negara Asia Tenggara termasuk China dan Taiwan.
Bahan Multimedia
Imej Gendang Dua Puluh Empat Perayaan (Gendang Cina) (0 imej)