Warisan Kebangsaan » Objek Warisan» Objek Warisan Tak Ketara » Tarian Bharata Natyam
TARIAN BHARATA NATYAM
Gambar 1: Tarian Bhrata Natyam
Kategori : Objek Warisan Tak Ketara
Butiran Warisan : Tarian Bharata Natyam
Jenis : Muzik Tarian Etnik (India)
Latar Belakang Sejarah :
Tarian Bharata Natyam merupakan tarian klasik India yang terkenal berasal dari Tamil Naidu. Tarian ini banyak berunsur kepada keagamaan Hindu dan cerita daripada tulisan Purba Sanskrit Natyashastra karya Bharata Mumi (2000 tahun dahulu). Seseorang penari perlu mengambil masa bertahun-tahun untuk menguasainya kerana terdapat pelbagai gerakan tangan, kaki dan mata yang harus dipelajari demi menjaga kehalusan seni tari ini agar dihormati semasa persembahan. Dipercayai tarian ini dibawa dari Tamil Naidu oleh para pekerja Tamil zaman kolonial British, menempuhi kawasan ladang kopi, cengkih, pala, getah pelabuhan dan stesyen keretapi. Akhir bertapak tetap bersama masyarakat Tamil yang memilih negara ini sebagai tanah air. Kebangkitan Bharata Natyam di Malaysia dibaurkan dengan situasi dan gambaran tempatan. Rentak dan gaya ditambahi dengan pola hidup sekeliling bersama dengan keturunan lain, menjadikan tarian ini dipelajari oleh mereka yang bukan Tamil. Justeru, tujuan utama tarian bukan lagi persembahan kepada para dewa keagamaan, tetapi peragaan keunikan dan kejituan estetik yang dijelmakan oleh rakyat Malaysia sendiri.