Proses Pengisytiharan     Warisan Kebangsaan
  Senarai Warisan     Kebangsaan
    Tapak Warisan Kebudayaan
    Objek Warisan
    Warisan Kebudayaan Dibawah Air
    Warisan Orang Hidup
 
 
 


Warisan Kebangsaan » Objek Warisan» Objek Warisan Tak Ketara » Dikir Barat
 

DIKIR BARAT

Gambar 1: Dikir Barat

Kategori : Objek Warisan Tak Ketara
Butiran Warisan : Dikir Barat
Jenis : Muzik Tradisional
 
Latar Belakang Sejarah :
Dikir barat diperkenalkan di Tanah Melayu mulai tahun 1930 oleh anak tempatan iaitu Tuan Haji Mat Salleh b. Haji Ahmad atau lebih dikenali dengan nama Mat Salleh Tape atau (Mat Leh Tape). Gelaran Tape dihujung namanya adalah panggilan mengikut nama sebuah kampung iaitu Tapang. Kemungkinan juga kebudayaan ini diasaskan beliau di Kampung Tape. Terdapat teori yang mengatakan ia dibawa masuk dari Patani di selatan Siam. Di selatan Siam ia dikenali sebagai dikir karut tetapi disebabkan perkataan karut membawa erti tidak benar menyebabkan masyarakat Kelantan menukar memanggilnya dengan nama dikir barat iaitu merujuk kepada tempat asal dikir itu.
Perkataan berdikir barat datangnya dari dua kombinasi perkataan iaitu ‘Berdikir’ dan ‘Barat’. ‘Berdikir’ ialah satu nyanyian beramai-ramai dengan suara yang nyaring , mengikut satu rentak yang tertentu. Yang dimaksudkan dengan konteks ‘Barat’ merujuk kepada empat wilayah di selatan Thailand iaitu Narathiwat, Yala, Patani dan Songkhla.
Pasukan dikir barat terdiri daripada 15 orang. Dua orang penting ialah juara dan tukang karut. Bagi persembahan yang biasa, awok-awok dikir barat dikehendaki duduk bersila di dalam linkungan bulatan mengarah ke pembesar suara. Dengan cara ini suara akan menjadi lebih lantang dan dapat didengar dengan jelas. Persembahan dikir barat menggunakan ensembel yang menggunakan alat terdiri daripada tetawak, dua biji rebana (ibu dan anak), sepasang rumbia (marakas), canang dan kerci. Alat-alat muzik dipilih oleh juara yang merekakan rentak untuk suatu persembahan dikir barat.
 
Bahan Multimedia
  • Imej Dikir Barat (0 imej)

Sumber: Jabatan Warisan Negara