Warisan Kebangsaan » Objek Warisan» Objek Warisan Tak Ketara » Negaraku
NEGARAKU
Gambar 1: Skor Lagu Kebangsaan Negaraku
Kategori : Objek Warisan Tak Ketara
Butiran Warisan : Negaraku
Jenis :
Latar Belakang Sejarah :
Lagu Negaraku dipilih daripada lagu rasmi negeri Perak ‘Lagu Trang Bulan’, yang berasal daripada Pulau Mahé di Kepulauan Seychelles. Dibawa pulang oleh Raja Abdullah setelah baginda selesai menjalani hukuman dibuang negeri ke Kepulauan Seychelles. ‘Lagu Trang Bulan’ ciptaan penggubah Perancis, Pierre Jean de Beranger (1780-1857) ini, kemudiannya telah diberikan seni kata baru dan dinamakan "Allah Lanjutkan Usia Sultan" seterusnya dijadikan lagu rasmi Negeri Perak Darul Ridzuan. Lagu rasmi negeri Perak "Allah Lanjutkan Usia Sultan" ini telah dipilih menjadi lagu kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu oleh jemaah hakim yang diketuai oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 5 Ogos 1957. Upacara pemilihan lagu kebangsaan ini berlangsung di Dewan Polis Depoh, Kuala Lumpur. Sebanyak 4 buah lagu telah diperdengarkan oleh Pasukan Pancaragam Polis Diraja. Lagu ‘Allah Lanjutkan Usia Sultan’ telah terpilih. Kemudian, lagu ini digubah semula dan terciptalah senikata ‘Negaraku’ oleh En. Saiful Bahri.