Warisan Kebangsaan » Objek Warisan» Objek Warisan Ketara » Alat Batu dalam Suevit
ALAT BATU DALAM SUEVIT
Gambar 1: Alat Batu dalam Suevit
Kategori : Objek Warisan Ketara
Butiran Warisan : Alat Batu dalam Suevit
Pemilik :
Latar Belakang Sejarah :
Alat Batu dalam Suevit dijumpai hasil kajian diBukit Bunuh, Lenggong Perak pada 2008 yang menemukan artifak alat batu ssperti kapak genggam dan alat repehan. Artifak ini ditemui melekat dalam batuan suevit, sejenis batuan yang terbentuk akibat hentaman meteorit. Penemuan ini mencadangkan bahawa artifak tersebut berusia lebih 1.8 juta tahun kerana artifak itu ditemui melekat didalam batu suevit. Ini bermakna masyarakat terawal dirantau Asia Tenggara adalah di Malaysia, khususnya Lembah Lenggong.