Proses Pengisytiharan     Warisan Kebangsaan
  Senarai Warisan     Kebangsaan
    Tapak Warisan Kebudayaan
    Objek Warisan
    Warisan Kebudayaan Dibawah Air
    Warisan Orang Hidup
 
 
 


Warisan Kebangsaan » Objek Warisan» Objek Warisan Tak Ketara » Gamelan
 

GAMELAN

Gambar 1: Gamelan

Kategori : Objek Warisan Tak Ketara
Butiran Warisan : Gamelan
Jenis : Tarian Tradisional Melayu
 
Latar Belakang Sejarah :
Gamelan tertua di Malaysia ialah gamelan Istana Terengganu yang kini tersimpan di Muzium Negeri Pahang, Pekan, Pahang Darul Makmur. Ciri-ciri gamelan tradisional terdiri daripada Joget Gamelan, nyanyian dan persembahan muzik untuk hiburan istana. Kesenian gamelan Melayu dipercayai berasal dari Riau Lingga dan diperkenalkan di Istana Pahang pada tahun 1881.

Tengku Mariam, puteri Sultan Pahang telah mengadakan persembahan gamelan di Istana Terengganu pada tahun 1914. Tradisi ini kemudiannya berkembang pesat apabila Tengku Marian berkahwin dengan Sultan Sulaiman Badrul Shah, Terengganu. Kesenian ini mencapai zaman kegemilangan dalam tempoh 1920 hingga 1942, apabila Baginda Sultan menggubah dan mengajar muzik gamelan manakala isterinya mencipta dan mengajar tarian. Dikatakan sebanyak 90 skor muzik telah digubah dan 65 buah tarian telah dicipta.

Secara asasnya, tradisi gamelan Melayu mempunyai lapan jenis alat muzik iaitu gong agong, gong suwukan, kening, saron, bonang, keromong, gambang, dan gendang.
 
Bahan Multimedia
  • Imej Gamelan (0 imej)

Sumber: Jabatan Warisan Negara