Proses Pengisytiharan     Warisan Kebangsaan
  Senarai Warisan     Kebangsaan
    Tapak Warisan Kebudayaan
    Objek Warisan
    Warisan Kebudayaan Dibawah Air
    Warisan Orang Hidup
 
 
 


Warisan Kebangsaan » Objek Warisan» Objek Warisan Ketara » Cokmar Dewan Rakyat
 

COKMAR DEWAN RAKYAT

Gambar 1: Pandangan Hadapan Cokmar Dewan Rakyat

Nama Objek : Cokmar Dewan Rakyat
Klasifikasi :
Alamat : Istana Negara, , None
Hak Milik : Kerajaan Malaysia
 
Latar Belakang Sejarah :
Raja-raja Melayu telah mengurniakan cokmar kepada Majlis Mesyuarat buat pertama kalinya pada bulan Mac 1952. Cokmar melambangkan keagungan serta taraf kehormatan bagi sesebuah Majlis Permesyuaratan di samping menjadi tanda kebesaran dan kekuasaan Parlimen. Cokmar ini dihasilkan oleh Taba Silver Industry Sdn Bhd yang berpejabat di jalan Semarak Kuala Lumpur dan digunakan semasa Persidangan Parlimen Ke-10. Cokmar Dewan Rakyat dilambangkan dengan lakaran anak bulan, bintang pecah 14, logo 14 buah negeri, logo persekutuan, bunga raya, kepala harimau, jambak padi, daun getah dan kepingan timah. Cokmar Dewan Rakyat mempunyai ukuran 140.5 cm panjang dan lilitan batilnya 50 cm.
 
Bahan Multimedia
  • Imej Cokmar Dewan Rakyat (0 imej)

Sumber: Jabatan Warisan Negara