Proses Pengisytiharan     Warisan Kebangsaan
  Senarai Warisan     Kebangsaan
    Tapak Warisan Kebudayaan
    Objek Warisan
    Warisan Kebudayaan Dibawah Air
    Warisan Orang Hidup
 
 
 


Warisan Kebangsaan » Objek Warisan» Objek Warisan Ketara » Jalur Gemilang
 

JALUR GEMILANG

Gambar 1: Pandangan Hadapan Jalur Gemilang

Kategori : Objek Warisan Ketara
Butiran Warisan : Jalur Gemilang
Jenis :
 
Latar Belakang Sejarah :
Jalur Gemilang merupakan bendera kebangsaan Negara. Bendera Negara Malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah yang menandakan keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan sebuah Kerajaan Persekutuan.

Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam-agama rasmi Malaysia. Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan kerajaan persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.
 
Bahan Multimedia
  • Imej Jalur Gemilang (0 imej)

Sumber: Jabatan Warisan Negara