Proses Pengisytiharan     Warisan Kebangsaan
  Senarai Warisan     Kebangsaan
    Tapak Warisan Kebudayaan
    Objek Warisan
    Warisan Kebudayaan Dibawah Air
    Warisan Orang Hidup
 
 
 


Warisan Kebangsaan » Objek Warisan» Objek Warisan Tak Ketara » Bangsawan
 

BANGSAWAN

Gambar 1: Contoh Drama Bangsawan

Kategori : Objek Warisan Tak Ketara
Butiran Warisan : Bangsawan
Jenis :
 
Latar Belakang Sejarah :
Bangsawan merupakan perintis kepada persembahan drama moden. Namun, ia tidak melibatkan penggunaan skrip berbanding drama moden kini. Penggiatnya menghafal dialog-dialog penting sebagai jalan cerita diikuti dengan dialog-dialog lain secara spontan semasa beraksi di pentas. Cerita Bangsawan berkisar kepada kisah raja-raja yang melibatkan alam kayangan dan nyata. Watak-wataknya terdiri daripada pahlawan, putera, puteri yang kacak dan cantik, hamba, jin dan raksasa. Persembahan bangsawan melibatkan penggunaan panggung, teknik lampu mengikut cara barat dan menggunakan set saiklorama. Biasanya tirai-tirainya mengandungi tiga hingga tujuh set yang berbeza. Antaranya tirai istana, hutan, laut, awan kampung, gua dan kosong. Terdapat juga set-set kadbod yang dilukis mengikut jalan cerita yang boleh disorong-tarik. Seni persembahan bangsawan juga dicirikan melalui teknik extra turn yang berfungsi sebagai penukar babak supaya pelakon boleh bersedia. Lazimnya dipenuhi dengan segmen nyanyian. Oleh kerana bangsawan memberi pengajaran, tirai dan kadbodnya berfungsi sebagai penarik emosi kepada penonton.
 
Bahan Multimedia
  • Imej Bangsawan (6 imej)

Sumber: Jabatan Warisan Negara