Warisan Kebangsaan » Objek Warisan» Objek Warisan Ketara » Jata Negara
JATA NEGARA
Gambar 1: Pandangan Hadapan Jata Negara
Kategori : Objek Warisan Ketara
Butiran Warisan : Jata Negara
Jenis :
Latar Belakang Sejarah :
Lambang kedaulatan Negara. Bintang pecah 14 menandakan 13 buah negeri di dalam Persekutuan Malaysia, termasuk Wilayah Persekutuan. Bintang dan anak bulan sabit itu melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. Lima bilah keris itu lambang Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu Bahagian sebelah kiri perisai itu menandakan Negeri Pulau Pinang dan bahagian sebelah kanan dengan pokok Melaka itu lambang Negeri Melaka yang merupakan sebahagian dari Negeri-negeri Selat empat warna di tengah jata adalah empat buah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal. Tiga bahagian di sebelah bawah itu menandakan Negeri Sabah di sebelah kiri dan Sarawak di sebelah kanan. Di tengah-tengahnya ialah Bunga Raya iaitu Bunga Kebangsaan. Dua ekor harimau yang ditunjukkan sebagai penopang jata Negeri-negeri Melayu Bersekutu melambangkan kekuatan dan keberanian. Warna kuning ialah warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Sultan-Sultan di Malaysia.