Sebuah dokumen yang menyatakan bahawa semua negeri di Semenanjung Tanah Melayu akan menjadi sebuah negara yang berdaulat dan merdeka serta berpegang kepada prinsip-prinsip demokrasi. Negara baru ini dinamakan Persekutuan Tanah Melayu atau Malaya. Dokumen ini dibacakan buat pertama kalinya sempena pengisytiharaan kemerdekaan oleh YAB Perdana Menteri Malaya (Malaysia) Tunku Abdul Rahman Putra pada 31 Ogos 1957.