Proses Pengisytiharan     Warisan Kebangsaan
  Senarai Warisan     Kebangsaan
    Tapak Warisan Kebudayaan
    Objek Warisan
    Warisan Kebudayaan Dibawah Air
    Warisan Orang Hidup
 
 
 


Warisan Kebangsaan » Objek Warisan» Objek Warisan Tak Ketara » Sewang
 

SEWANG

Gambar 1: Persembahan Tarian Sewang

Kategori : Objek Warisan Tak Ketara
Butiran Warisan : Sewang
Jenis :
 
Latar Belakang Sejarah :
Merupakan tarian tradisi semua Orang Asli yang ditarikan oleh 18 orang penari lelaki dan perempuan atau lebih yang akan diketuai oleh seorang lelaki yang berusia yang bertindak sebagai penyanyi utama. Penari yang lain akan mengulangi baris nyanyian penyanyi utama dan bergerak sambil menghentakkan kaki ke lantai. Semasa menari, mereka akan diiringi alat muzik tradisional yang dinamakan Buluh Cetong yang dihentak di atas kayu beluti oleh lima wanita di belakang. Tarian ini biasanya ditarikan untuk upacara tradisi dan juga untuk pesta-pesta keramaian. Jika ditarikan di upacara bersunat, tarian ini dinamakan Tarian Ajok. Semasa menari mereka akan memakai hiasan yang diperbuat dari pucuk kelapa di mana sesudah menari, hiasan ini akan dikeringkan dan kemudian dibuang jauh dari tempat laluan orang. Adalah menjadi pantang hiasan ini dilangkahi atau dibakar. Sekiranya berlaku dipercayai orang yang melakukannya akan menjadi gila atau jatuh sakit.
 
Bahan Multimedia
  • Imej Sewang (4 imej)

Sumber: Jabatan Warisan Negara