Warisan Kebangsaan » Objek Warisan» Objek Warisan Ketara » Manuskrip Hikayat Hang Tuah
MANUSKRIP HIKAYAT HANG TUAH
Gambar 1: Pandangan Hadapan Manuskrip Hikayat Hang Tuah
Bidang : Bahasa dan Persuratan
Subjek : Persuratan
Jenis : Manuskrip
Objek Warisan : Manuskrip Hikayat Hang Tuah
Latar Belakang Sejarah :
Hikayat Hang Tuah merupakan epik Melayu yang bukan sahaja terkenal di kalangan bangsa Melayu tetapi juga di seluruh rantau Nusantara. Ia melukiskan wira agung Melayu yang diperlihatkan mempunyai ciri-ciri hebat sebagai seorang wira pada zaman kesultanan Melayu. Hikayat ini mencatatkan keperwiraan Hang Tuah disamping gambaran bangsa Melayu dalam tiga zaman. Zaman permulaan sesebuah kerajaan, zaman kegemilangan dan zaman kejatuhannya diperikan secara jelas dalam hikayat ini. Hang Tuah mewakili zaman dan bangsanya merupakan tokoh yang gemilang dari segi perjalanan hidup dan pencapaiannya. Hikayat Hang Tuah pada dasarnya menceritakan sejarah serta kenyataan hidup bangsa Melayu itu sendiri.